Thursday, October 31, 2013

GADGET UNTUK SI PEMALAS

Jangan ingat didapur kita hanya memerlukan pisau dan pinggan mangkuk sahaja untuk memasak.
Dengan kekreatifan otak manusia sekarang ini, pelbagai alatan dapur khas telah dicipta untukpemalas memudahkan dan mempercepatkan lagi urusan kita.

Bagi yang memotong sosej guna pisau, tukarlah alatan anda dengan membeli dog dicer.



hot dog, mudah, cantik, senang, malas, ok, gadjet, gajet, kreatif

Makan jagung tapi malas nak gigit satu-satu biji dia, ataupun untuk yang tiada gigi..carilah corn kernel remover


Tak pandai nak pecahkan telur, gunalah ini


Makan pisang tak habis dan nak simpannya dalam keadaan segar untuk dimakan kemudian. Simpanlah dalam nana saver


Bukan sahaja untuk pisang, penyimpan timun pun ada iaitu cucumber saver


Makan telur tanpa kolestrol? gunalah alat pemisah kuning telur dan putih telur


Pembuang tangkai strawberi



Alat pembuang tangkai dan biji lada pun ada, pemalas betul!

Berus cendawan untuk membuang tanah dan kotoran yang melekat di cendawan. Pasti berkilat cendawan anda

Tuesday, October 29, 2013

RAHSIA KASUT MICHAEL JACKSON

Tahukah anda Michael Jackson semasa masih hidup telah mem'patent'kan kasut anti graviti ciptaannya. Lihat bawah untuk rahsia kasut ini.


MJ, michael jackson, kasut, foot, mystery, secret, rahsia, boots, baju putih, mendiang, bongkar

Monday, October 28, 2013

Kelebihan Menghisap Rokok? Biar betul?

kelebihan menghisap rokok, harga rokok, winston, dunhill, marlboro, lucah, asap, roko murah, rokok mahal, terbaik, biar betul?, biar betik? giler kentang

HISAP ROKOK PON ADA KELEBIHAN KE? SETAHU AKU KEBURUKAN BANYAK LAHH!! Ha.. mesti ramai di kalangan pembaca-pembaca menganggap sebegitu kan? YA. hisap rokok ada kelebihannya. Akan tetapi keburukan menghisap rokok lebih banyak daripada kelebihan menghisap rokok.
Jadi sesiapa yang tidak menghisap rokok tu janganlah pula mula berjinak-jinak dengan rokok lepas baca entri ni. Nanti tak pasal-pasal AJ plak dipersalahkan. =D

Berikut adalah hanya beberapa manfaat ini tidak diketahui menghisap rokok berdasarkankajian saintifik baru-baru ini :

1. Dapat Mengurangkan Berat Badan.


Seperti yang kita semua tahu, tembakau menyekat selera makan dan keinginan untuk makan dalam tempoh masa yang sekejapBagi mereka yang berlebihan berat badan dan bagi mereka yang menghadapi masalah makan berlebihan, tembakau telah terbukti dalam membantu untuk menyekat selera makan kita daripada makan secara berlebihan.

2. Dapat Menenangkan Jiwa. 


Salah satu sebab utama orang mengambil atau terus menghisap rokok adalah kerana ia melegakan mereka semasa mereka berada dalam keaadaan yang tertekan. Walaupun terdapat banyak lagi cara alternatif untuk melegakan tekanan, merokok adalah pasti kaedah yang paling biasa dan mudah untuk melegakan kebimbangan dan tekanan untuk jangka pendek.



3.Ransangan Minda 


Nikotin - yang terkandung dalam semua rokok - telah terbukti untuk merangsang pembebasan dopamin, sejenis bahan kimia yang terkandung di dalam otak yang melepaskanserangan euphoric yang menyeronokkan. Perokok sering memerangi tekanan dengan merokok rokok dapat melahirkan rasa seronok dan bahagia untuk tempoh masa yang singkatsebelum tindak balas kimia tersebut reda.

4. Mengurangkan Risiko Kematian Akibat Serangan Jantung 


Satu kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa satu lagi manfaat daripada tabiat menghisap rokok adalah bahawa perokok kelihatan mempunyai kemungkinan yang lebih rendah daripada kematian akibat serangan jantung. Keterangan juga menunjukkan bahawa perokokyang mempunyai serangan jantung seolah-olah mempunyai serangan jantung kurang berbahaya daripada bukan perokok. Beberapa kajian juga telah menunjukkan bahawaperokok bertindak balas lebih positif kepada rawatan selepas serangan jantung berbandingbukan perokok.

Sudah tentu kajian seperti ini nampak seperti mengarut kan? Bukankah kebanyakkan kes sakit jantung berpunca daripada amalan menghisap rokok ini sendiri? Tapi ianya seperti berita baik kepada anda jika anda penghisap rokok. kan?

5. Risiko Atau Impak yang Lebih Rendah Terhadap Penyakit Mental 


Keterangan juga menunjukkan bahawa sejumlah besar pesakit yang mengidap penyakitskizofrenia menggunakan tembakau sebagai satu cara untuk mengubati diri merekaIni mengurangkan kesan penyakit tersebut dan menghalang ianya berlaku dengan lebih kerap.Merokok telah juga secara tidak langsung telah terbukti untuk mengurangkan risiko penyakit-penyakit mental seperti Alzheimers dan demensia. 

6. Mengurangkan Risiko Penyakit Saraf

Satu kajian telah menunjukkan bahawa perokok merupakan kalangan yangi kurangberkemungkinan untuk mengalami penyakit saraf seperti Parkinson. Terutamanya terhadapperokok jangka panjang, kerana ia seolah-olah kebal daripada penyakit itu, berbanding dengan perokok jangka pendek atau bukan perokok.

Apa-apa pon janganlah kita merokok. Sebab terlampau banyak keburukan merokok seperti pencemaran udara, pembaziran dan sebagainya. Ajal, maut, masalah, musibah, penyakit, semuanya kehendak dan ketentuan daripada tuhan. Setiap ujian daripadaNya hendaklah kita hadapi dengan kekuatan iman dan bukannya dengan menghsaip rokok. kan? Share artikel ini kalau anda setuju. 

Hati-Hati Kalau Tapau Nasi Goreng! Kalau tak...

cicak, hati hati, makan, makanan, kotor, loq laq, lizard in food, jijik, lucah, giler,

Adakah korang nampak kelibat haiwan cute dalam gambar di atas? Lain kali, pilihlah gerai yang bersih. Jangan main bedal je meskipun lapar. Kebanyakan kedai yang kotor ialah kedai mamak. Depan bukan main bersih, kalau pergi dapur... Masyaallah!!

sumber: Kedai Mamak 1 Malaysia (KM1M) 

Sunday, October 27, 2013

Johan As'ari Tidak Tolak Jodoh Dengan Shila Amzah

johan, johan asari, johan as'ari, shila, amzah, shila amzah, ND lala, sharnaz, lucah, gembira, jodoh, sepadan, terbaik, cantik, handsome, botak, juvana, kahwin, artis

KUALA LUMPUR: Mengakui akrab dengan Shila Amzah, Johan As'ari bagaimanapun menafikan mempunyai hubungan istimewa.

Namun, Johan tidak menolak sekiranya Shila adalah jodoh yang ditentukan tuhan.

Johan sebelum ini menyatakan keluarga saling mengenali tetapi hubungan mereka sehingga kini tidak lebih sekadar kawan.

Shila pula pernah memberitahu dia ingin memberi fokus kepada karier dan tidak mahu memikirkan perihal cinta sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga tahun.

Spekulasi di antara Johan dan Shila mula timbul sejak Syawal lalu apabila foto mereka bersama dimuat naik di Instagram. 
sumber: rotikaya

Shila Amzah Pernah Menjadi Mangsa Keganasan Lelaki?

shila amzah, cun, cantik, giler, awek, lucah, terbaik, shila, amzah, sharnaz, comel, cute, petite, shila amzah,

Ini yang buat ramai ingin membuka cerita lama. Satu status Shila Amzah di akaun Twitter beliau baru baru ini mengundang persoalan sama ada benar penyanyi ini pernah di’kasari oleh individu yang pernah rapat dengan dirinya dahulu.

“Takut nak tengok Bencinta. Tapi teringin nak tengok Kak Nora (Danish) berlakon macam tu — takut terbayang-bayang. Been there. Esoklah gagahkan diri,” tulis Shila Amzah.


Shila Amzah yang dihubungi portal GUA baru baru ini mengakui yang beliau pernah menjalani situasi seperti jalan cerita filem Bencinta dimana watak Nora Danish menjadi mangsa keganasan seorang suami lakonan Farid Kamil.

“Saya kemaskini status demikian kerana saya pernah mengalami situasi tersebut. Saya masih trauma dengan keadaan itu,” jelas beliau tentang status tersebut.

Dek kerana Shila Amzah tidak pernah berkahwin, ramai peminat mula berspekulasi yang situasi yang pernah dialami penyanyi ini melibatkan kekasih lamanya yang mana perpisahan mereka menjadi bualan ramai tidak lama dahulu.





ANGGOTA POLIS MAUT KETIKA KEJAR PENJENAYAH !


Di Johor Bahru, seorang anggota polis maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam parit. Kejadian berlaku ketika mangsa sedang mengejar seorang penjenayah di Kampung Baru Pandan, awal pagi tadi. 

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superitendan Abdul Wahib Musa, sebelum kejadian, Konstabel Jucille Juil, 23 tahun sedang melakukan rondaan bermotosikal bersama seorang lagi anggota.

Motosikal mangsa dipercayai telah bergesel dan dilanggar oleh suspek yang turut menunggang motosikal hingga menyebabkan Jucille hilang kawalan dan terjatuh ke dalam parit. Mangsa yang parah di kepala, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Ismail, HSI.

Suspek berjaya ditahan untuk siasatan. Mayat Jucille akan diterbangkan ke kampung halamannya di Inanam, Sabah, esok.

Jucille meninggalkan seorang balu, Line Marlina Steven, 23 tahun yang kini hamil lima bulan.

Gambar Majlis Khatam Al Quran, Doa Selamat Dan Malam Berinai Diana Amir

diana, amir, diana amir, kahwin, cantik, mahal, comel, cute, meriah

Malam tadi berlansungnya Majlis Khatam Al Quran, Doa Selamat Dan Malam berinai bagi pasangan yang akan bernikah pada hari ini iaitu Diana Amir Dan Habib

Majlis yang berlangsung secara sederhana tetapi meriah ini turut dihadiri oleh penerbit filem tersohor David Teo Dan Jane.

Paling menarik, Majlis doa selamat dan tahlil diketuai oleh bakal pengantin sendiri iaitu Mohd Habibbullah A Rahman atau lebih mesra dipanggil sebagai Habib

Jom tinjau gambar sepanjang majlis tersebut berlangsung... Zess









 






Friday, October 25, 2013

Pengawal Keselamatan Yang Menembak Pegawai Bank Bawa Lari RM450Ribu Bukannya RM20Ribu

Suspek

KUALA LUMPUR: Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai wanita dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya Rabu lepas, melarikan wang tunai berjumlah RM450,000, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan.

Bagaimanapun, polis berjaya mendapatkan semula wang kira-kira RM20,000 selepas menahan tiga ahli keluarga suspek, termasuk seorang wanita, berikutan serbuan di sebuah kedai di Subang Jaya pada Rabu.

"Dua daripada mereka yang ditahan bekerja sebagai pengawal keselamatan dan mereka juga menggunakan MyKad palsu.

"Semua mereka yang ditahan adalah warga asing, dipercayai warga Indonesia," kata beliau sambil menambah, ketiga-tiga mereka tidak mempunyai dokumen yang sah.

Beliau memberitahu sidang akhbar bahawa suspek utama, bersama-sama dengan kedua-dua pengawal keselamatan lain yang ditahan telah bekerja di Malaysia selama kira-kira dua tahun.

Dalam kejadian 6.18 petang itu, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek.- mstaronline

Jom SHARE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...