Wednesday, November 13, 2013

Kisah Sedih Seorang Isteri Yang Menyentuh Hati

Kisah, Sedih, rina, cantik, menyentuh hati, terbaik, isteri, solehah, isteri baik, baik

Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “ Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya.
Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?”. Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut. “Mengapa bang? Apa salah saya?”.
Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya. Cintaku bukan pada Rina lagi.
Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina merenung wajahku. Pandangannya kosong. 10 tahun kami berkahwin tetapi malam ni kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.
Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai suami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku bersetuju.
Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami. Dia meminta untuk tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku tetap bersetuju.
Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan ini semua kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.
Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa dan berkata, “Ayah dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.
Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.
Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.
Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. “Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. Tanda sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.
Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepat lah dukung ibu keluar”. Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan.
Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkata “ Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman”. Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat. Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.
Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.
Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita”.
Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras.
Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang.
Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda lakukan bersama adalah yang sebenarnya penting dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta, dan wang di bank. Semua itu hanya wujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tidak dapat memberi kebahagiaan pada kita.
Jadi carilah masa untuk menjadi sahabat kepada isteri/suami anda dan lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain yang membina keintiman. Binalah kemanisan rumah tangga anda. Hargailah setiap pengorbanan pasangan anda.

Thursday, October 31, 2013

GADGET UNTUK SI PEMALAS

Jangan ingat didapur kita hanya memerlukan pisau dan pinggan mangkuk sahaja untuk memasak.
Dengan kekreatifan otak manusia sekarang ini, pelbagai alatan dapur khas telah dicipta untukpemalas memudahkan dan mempercepatkan lagi urusan kita.

Bagi yang memotong sosej guna pisau, tukarlah alatan anda dengan membeli dog dicer.



hot dog, mudah, cantik, senang, malas, ok, gadjet, gajet, kreatif

Makan jagung tapi malas nak gigit satu-satu biji dia, ataupun untuk yang tiada gigi..carilah corn kernel remover


Tak pandai nak pecahkan telur, gunalah ini


Makan pisang tak habis dan nak simpannya dalam keadaan segar untuk dimakan kemudian. Simpanlah dalam nana saver


Bukan sahaja untuk pisang, penyimpan timun pun ada iaitu cucumber saver


Makan telur tanpa kolestrol? gunalah alat pemisah kuning telur dan putih telur


Pembuang tangkai strawberi



Alat pembuang tangkai dan biji lada pun ada, pemalas betul!

Berus cendawan untuk membuang tanah dan kotoran yang melekat di cendawan. Pasti berkilat cendawan anda

Tuesday, October 29, 2013

RAHSIA KASUT MICHAEL JACKSON

Tahukah anda Michael Jackson semasa masih hidup telah mem'patent'kan kasut anti graviti ciptaannya. Lihat bawah untuk rahsia kasut ini.


MJ, michael jackson, kasut, foot, mystery, secret, rahsia, boots, baju putih, mendiang, bongkar

Monday, October 28, 2013

Kelebihan Menghisap Rokok? Biar betul?

kelebihan menghisap rokok, harga rokok, winston, dunhill, marlboro, lucah, asap, roko murah, rokok mahal, terbaik, biar betul?, biar betik? giler kentang

HISAP ROKOK PON ADA KELEBIHAN KE? SETAHU AKU KEBURUKAN BANYAK LAHH!! Ha.. mesti ramai di kalangan pembaca-pembaca menganggap sebegitu kan? YA. hisap rokok ada kelebihannya. Akan tetapi keburukan menghisap rokok lebih banyak daripada kelebihan menghisap rokok.
Jadi sesiapa yang tidak menghisap rokok tu janganlah pula mula berjinak-jinak dengan rokok lepas baca entri ni. Nanti tak pasal-pasal AJ plak dipersalahkan. =D

Berikut adalah hanya beberapa manfaat ini tidak diketahui menghisap rokok berdasarkankajian saintifik baru-baru ini :

1. Dapat Mengurangkan Berat Badan.


Seperti yang kita semua tahu, tembakau menyekat selera makan dan keinginan untuk makan dalam tempoh masa yang sekejapBagi mereka yang berlebihan berat badan dan bagi mereka yang menghadapi masalah makan berlebihan, tembakau telah terbukti dalam membantu untuk menyekat selera makan kita daripada makan secara berlebihan.

2. Dapat Menenangkan Jiwa. 


Salah satu sebab utama orang mengambil atau terus menghisap rokok adalah kerana ia melegakan mereka semasa mereka berada dalam keaadaan yang tertekan. Walaupun terdapat banyak lagi cara alternatif untuk melegakan tekanan, merokok adalah pasti kaedah yang paling biasa dan mudah untuk melegakan kebimbangan dan tekanan untuk jangka pendek.



3.Ransangan Minda 


Nikotin - yang terkandung dalam semua rokok - telah terbukti untuk merangsang pembebasan dopamin, sejenis bahan kimia yang terkandung di dalam otak yang melepaskanserangan euphoric yang menyeronokkan. Perokok sering memerangi tekanan dengan merokok rokok dapat melahirkan rasa seronok dan bahagia untuk tempoh masa yang singkatsebelum tindak balas kimia tersebut reda.

4. Mengurangkan Risiko Kematian Akibat Serangan Jantung 


Satu kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa satu lagi manfaat daripada tabiat menghisap rokok adalah bahawa perokok kelihatan mempunyai kemungkinan yang lebih rendah daripada kematian akibat serangan jantung. Keterangan juga menunjukkan bahawa perokokyang mempunyai serangan jantung seolah-olah mempunyai serangan jantung kurang berbahaya daripada bukan perokok. Beberapa kajian juga telah menunjukkan bahawaperokok bertindak balas lebih positif kepada rawatan selepas serangan jantung berbandingbukan perokok.

Sudah tentu kajian seperti ini nampak seperti mengarut kan? Bukankah kebanyakkan kes sakit jantung berpunca daripada amalan menghisap rokok ini sendiri? Tapi ianya seperti berita baik kepada anda jika anda penghisap rokok. kan?

5. Risiko Atau Impak yang Lebih Rendah Terhadap Penyakit Mental 


Keterangan juga menunjukkan bahawa sejumlah besar pesakit yang mengidap penyakitskizofrenia menggunakan tembakau sebagai satu cara untuk mengubati diri merekaIni mengurangkan kesan penyakit tersebut dan menghalang ianya berlaku dengan lebih kerap.Merokok telah juga secara tidak langsung telah terbukti untuk mengurangkan risiko penyakit-penyakit mental seperti Alzheimers dan demensia. 

6. Mengurangkan Risiko Penyakit Saraf

Satu kajian telah menunjukkan bahawa perokok merupakan kalangan yangi kurangberkemungkinan untuk mengalami penyakit saraf seperti Parkinson. Terutamanya terhadapperokok jangka panjang, kerana ia seolah-olah kebal daripada penyakit itu, berbanding dengan perokok jangka pendek atau bukan perokok.

Apa-apa pon janganlah kita merokok. Sebab terlampau banyak keburukan merokok seperti pencemaran udara, pembaziran dan sebagainya. Ajal, maut, masalah, musibah, penyakit, semuanya kehendak dan ketentuan daripada tuhan. Setiap ujian daripadaNya hendaklah kita hadapi dengan kekuatan iman dan bukannya dengan menghsaip rokok. kan? Share artikel ini kalau anda setuju. 

Hati-Hati Kalau Tapau Nasi Goreng! Kalau tak...

cicak, hati hati, makan, makanan, kotor, loq laq, lizard in food, jijik, lucah, giler,

Adakah korang nampak kelibat haiwan cute dalam gambar di atas? Lain kali, pilihlah gerai yang bersih. Jangan main bedal je meskipun lapar. Kebanyakan kedai yang kotor ialah kedai mamak. Depan bukan main bersih, kalau pergi dapur... Masyaallah!!

sumber: Kedai Mamak 1 Malaysia (KM1M) 

Sunday, October 27, 2013

Johan As'ari Tidak Tolak Jodoh Dengan Shila Amzah

johan, johan asari, johan as'ari, shila, amzah, shila amzah, ND lala, sharnaz, lucah, gembira, jodoh, sepadan, terbaik, cantik, handsome, botak, juvana, kahwin, artis

KUALA LUMPUR: Mengakui akrab dengan Shila Amzah, Johan As'ari bagaimanapun menafikan mempunyai hubungan istimewa.

Namun, Johan tidak menolak sekiranya Shila adalah jodoh yang ditentukan tuhan.

Johan sebelum ini menyatakan keluarga saling mengenali tetapi hubungan mereka sehingga kini tidak lebih sekadar kawan.

Shila pula pernah memberitahu dia ingin memberi fokus kepada karier dan tidak mahu memikirkan perihal cinta sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga tahun.

Spekulasi di antara Johan dan Shila mula timbul sejak Syawal lalu apabila foto mereka bersama dimuat naik di Instagram. 
sumber: rotikaya

Shila Amzah Pernah Menjadi Mangsa Keganasan Lelaki?

shila amzah, cun, cantik, giler, awek, lucah, terbaik, shila, amzah, sharnaz, comel, cute, petite, shila amzah,

Ini yang buat ramai ingin membuka cerita lama. Satu status Shila Amzah di akaun Twitter beliau baru baru ini mengundang persoalan sama ada benar penyanyi ini pernah di’kasari oleh individu yang pernah rapat dengan dirinya dahulu.

“Takut nak tengok Bencinta. Tapi teringin nak tengok Kak Nora (Danish) berlakon macam tu — takut terbayang-bayang. Been there. Esoklah gagahkan diri,” tulis Shila Amzah.


Shila Amzah yang dihubungi portal GUA baru baru ini mengakui yang beliau pernah menjalani situasi seperti jalan cerita filem Bencinta dimana watak Nora Danish menjadi mangsa keganasan seorang suami lakonan Farid Kamil.

“Saya kemaskini status demikian kerana saya pernah mengalami situasi tersebut. Saya masih trauma dengan keadaan itu,” jelas beliau tentang status tersebut.

Dek kerana Shila Amzah tidak pernah berkahwin, ramai peminat mula berspekulasi yang situasi yang pernah dialami penyanyi ini melibatkan kekasih lamanya yang mana perpisahan mereka menjadi bualan ramai tidak lama dahulu.





ANGGOTA POLIS MAUT KETIKA KEJAR PENJENAYAH !


Di Johor Bahru, seorang anggota polis maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam parit. Kejadian berlaku ketika mangsa sedang mengejar seorang penjenayah di Kampung Baru Pandan, awal pagi tadi. 

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superitendan Abdul Wahib Musa, sebelum kejadian, Konstabel Jucille Juil, 23 tahun sedang melakukan rondaan bermotosikal bersama seorang lagi anggota.

Motosikal mangsa dipercayai telah bergesel dan dilanggar oleh suspek yang turut menunggang motosikal hingga menyebabkan Jucille hilang kawalan dan terjatuh ke dalam parit. Mangsa yang parah di kepala, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Ismail, HSI.

Suspek berjaya ditahan untuk siasatan. Mayat Jucille akan diterbangkan ke kampung halamannya di Inanam, Sabah, esok.

Jucille meninggalkan seorang balu, Line Marlina Steven, 23 tahun yang kini hamil lima bulan.

Gambar Majlis Khatam Al Quran, Doa Selamat Dan Malam Berinai Diana Amir

diana, amir, diana amir, kahwin, cantik, mahal, comel, cute, meriah

Malam tadi berlansungnya Majlis Khatam Al Quran, Doa Selamat Dan Malam berinai bagi pasangan yang akan bernikah pada hari ini iaitu Diana Amir Dan Habib

Majlis yang berlangsung secara sederhana tetapi meriah ini turut dihadiri oleh penerbit filem tersohor David Teo Dan Jane.

Paling menarik, Majlis doa selamat dan tahlil diketuai oleh bakal pengantin sendiri iaitu Mohd Habibbullah A Rahman atau lebih mesra dipanggil sebagai Habib

Jom tinjau gambar sepanjang majlis tersebut berlangsung... Zess









 






Friday, October 25, 2013

Pengawal Keselamatan Yang Menembak Pegawai Bank Bawa Lari RM450Ribu Bukannya RM20Ribu

Suspek

KUALA LUMPUR: Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai wanita dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya Rabu lepas, melarikan wang tunai berjumlah RM450,000, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan.

Bagaimanapun, polis berjaya mendapatkan semula wang kira-kira RM20,000 selepas menahan tiga ahli keluarga suspek, termasuk seorang wanita, berikutan serbuan di sebuah kedai di Subang Jaya pada Rabu.

"Dua daripada mereka yang ditahan bekerja sebagai pengawal keselamatan dan mereka juga menggunakan MyKad palsu.

"Semua mereka yang ditahan adalah warga asing, dipercayai warga Indonesia," kata beliau sambil menambah, ketiga-tiga mereka tidak mempunyai dokumen yang sah.

Beliau memberitahu sidang akhbar bahawa suspek utama, bersama-sama dengan kedua-dua pengawal keselamatan lain yang ditahan telah bekerja di Malaysia selama kira-kira dua tahun.

Dalam kejadian 6.18 petang itu, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek.- mstaronline

Monday, June 24, 2013

Doa Ketika Hendak Tidur dan Bangun dari Tidur


KEISTIMEWAAN NEGARA ISRAEL YANG TIDAK MUNGKIN DIMILIKI OLEH NEGARA LAIN

israel, laknatullah, israel laknatullah, lucah, jahanam, istimewa


Inilah Keistimewaan Negara Israel Yang Tidak Mungkin Dimiliki Oleh Negara Lain 


Anda tahu Negara Israel?

Negeri yang Mempunyai Sang Juru Selamat yang kelak akan Datang ke Dunia menjelang Akhir Zaman.

Saat ini Sang Juru Selamat Mereka oleh Allah SWT Masih di Tahan / di rantai di sebuah Pulau, dan akan Allah izinkan untuk menjelajah ke seluruh Tempat di Dunia saat mendekati Jatuhnya Benda Dari langit (tanda Kiamat Besar) …

Kelebihan ataupun kesitimewaan Israel di bandingkan dengan Negara-negara lain di Dunia ini adalah:

1. Satu-satunya Negara yang boleh Membunuh, Memusnahkan suatu Etnik, bangsa, ataupun Negara tanpa Bisa di Hukum Oleh PBB

2. Satu-satunya Negara di mana ada Tenteranya, maka itu juga Punya israel. Contoh: Jika para Tentera Israel Datang ke Kedah, maka kedah adalah Milik Israel, bukan lagi punya Malaysia, dan Kerajaan Malaysia tidak boleh keberatan, jika Kerajaan Malaysia Bantahan maka akan di Serang oleh Amerika, dan PBB.

3. Menguasai 90% Perekonomian Dunia, para Banker Yahudi, 10 Orang Terkaya di Dunia (Bill Gates, dan lainnya), dan illuminati.



4. Satu-satunya Negara di Dunia yang mempunyai Senjata Nuklear Tapi tidak di Larang oleh Amerika dan PBB. Cuba anda bayangkan jika yang mempunyai senjata nuklear itu negara2 Islam, maka Amerika dan PBB akan Memberikan Hukuman.

5. Bahawa bangsa Yahudi (Israel) diberi kelebihan oleh Allah SWT sehingga mereka memiliki keunggulan dalam bidang kecerdasan dan kekuatan berbanding dengan bangsa-bangsa lain di dunia.

Anggapan tersebut berdasarkan pada Al-Qur’an surat Al-Baqarah ayat 47, yang berbunyi:

“Hai Bani Israil, ingatlah akan nikmatKu yang telah Aku anugerahkan kepadamu dan (ingat pula) bahwasanya Aku telah melebihkan kamu atas segala umat.” (QS 2:47)

6. Merokok adalah barang yang Sangat Haram bagi mereka. Akan tetapi tahukah anda Philip Morris adalah seorang Yahudi, pemilik syarikat rokok yang telah menguasai 70% pasaran rokok di seluruh dunia. Termasuk di Malaysia, HM Sampoerna, Gudang Garam, dan Djarum adalah termasuk milik Philip Morris.

7. Menguasai filem Box office, tahukah anda Makna dan rahsia dari HOLLYWOOD?

8. Anak2 Remaja (13-17 Tahun) dan Dewasa Awal (18-22 Tahun) di Israel Sangat Tidak di Benarkan Berhubungan Sex dengan Lawan Jenis, tetapi Justeru di Benarkan oleh Orang Tua Mereka Berhubungan Sex dengan Sesama Jenis (Homo – Lesby) sebelum Menikah Rasmi dgn Lawan Jenis. Oleh kerana itulah Tidak Hairan jika di Israel Seorang Remaja ataupun cowo dewasa awal (18-22 tahun) sudah pernah Berhubungan Sex dengan Teman cowo-nya.

9. Satu-satunya Negara yang Mengusai Hampir di seluruh Sektor Kehidupan Umat Manusia, melalui Persaudaraan Bebas (Freemasonry).

10. Negeri yang mempunyai IQ Penduduknya ataupun Keturunannya Rata2 140 ke Atas, Albert Einstein adalah seorang Yahudi yang mempunyai IQ 165, Bill Gates Keturunan Yahudi yang mempunyai IQ 155.




Sunday, June 23, 2013

Cinta Sejati

cinta, sejati, cinta sejati, comel, cerita, lucah, melayu, pasangan, bahagia, terbaik, comel

Aku adalah seorang jururawat di sebuah Klinik Kesihatan Desa. Pada pagi itu, klinik agak sibuk. Sekitar jam 09:30 pagi, seorang pakcik yang berusia 70-an datang untuk membuka jahitan pada luka di ibu jarinya. Aku menyiapkan peralatan & memintanya untuk menunggu, sebab semua doktor masih sibuk. Mungkin dia dapat berurusan dengan doktor paling cepat pun 1 jam lagi.


Sewaktu menunggu, pakcik tua itu nampak gelisah. Kejap-kejap, matanya kan melirik ke jam tangan usangnya. Aku merasa kasihan. Jadi, ketika free, aku sempatkan diri untuk memeriksa lukanya. Oh.. Luka dia dah sembuh dan kering. Tinggal membuka jahitan dan memasang bandage baru sahaja. Pekerjaan yang tidak terlalu sukar dan rumit. ‘’Aku boleh settlekan pakcik ni nih..’’ bisikku di hati. Setelah meminta kebenaran dari doktor bertugas, aku putuskan untuk melakukannya sendiri.

Sambil merawat lukanya, aku bertanya ‘’ Pakcik ada temujanji lain ye ? Saya tengok dari tadi pakcik macam rushing je ?? ‘’ soalku ramah. Sambil tersenyum pakcik tua itu menjawab ‘’ Tidak, pakcik hendak ke rumah rawatan orang tua. Pakcik nak makan tengah hari bersama isteri pakcik ‘’

Dia menceritakan bahawa, pada setiap hari dia akan ke sana untuk berjumpa dengan isterinya. Isterinya sudah dirawat di sana sejak beberapa tahun yang lampau kerana disahkan mengidap penyakit ALZHEIMER

Lalu aku bertanya ‘’ Adakah isteri pakcik akan marah kalau pakcik datang lambat ?? ‘’, Dia menjawab ‘’ Isteri pakcik takkan marah bahkan dia sudah tidak lagi mangenali pakcik sejak 5 tahun yang lalu ’’

Aku sangat terkejut dan berkata : “ Pakcik masih pergi ke sana setiap hari walaupun isteri pakcik sudah tidak mengenali pakcik? “

Dalam nada yang tenang dia membalas: " Dia memang tidak mengenali pakcik, tapi pakcik masih mengenali dia "

Aku terus menahan air mata sehinggalah pakcik itu pergi. SubhaanAllah.. !! Tulus dan sucinya cinta dia kepada isterinya biarpun si isteri sudah tidak mengenalinya lagi.. :,(

***********
Pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah ini :

* Cinta sesungguhnya tidak bersifat kebendaan ;
* Cintailah pasangan kita kerana ALLAH ;
* Cinta sejati » menerima apa adanya :

☑ yang terjadi saat ini
☑ yang sudah terjadi
☑ yang akan terjadi
☑ yang tidak akan pernah terjadi..


Saturday, June 22, 2013

Wow! spesis ular terbaru di jumpai berhampiran dengan Amazon,Brazil apa yang menjengkelkan adalah ular ini seakan-akan bentuk kemaluan seorang lelaki. Ular terbaru ini di klasifikasikan buta kerana tiada kelihatan mata pada tubuh fizikal ular tersebut.


ular, lucah, species, baru, snake, cute, lucah, porn, kote, apam, butoh, besar

Seekor haiwan spesis baru ditemukan sekelompok pengkaji di Brazil. Haiwan ini dikatakan mirip seakan ular namun tidak memiliki mata seperti ular, sehingga diduga buta. Ia hidup di kawasan berair yang hangat dan mengalir deras.
Ular unik itu dinamai atretochoana eiselti dan ditemukan di dasar sungai Madeira di Rondonia. Sejumlah 6 ekor ditemukan di empangan yang terhubung dengan sungai Amazon. Haiwan reptilia ini sebenarnya telah dijumpai pada November lalu namun baru teridentifikasi sekarang.







Para pengkaji masih menyelidiki haiwan yang bentuknya dinyatakan oleh mereka menyerupai alat kelamin bagi seorang lelaki. Hampir tidak ada maklumat yang didapati selain bahawa haiwan amfibia ini tidak memiliki paru-paru dan kaki serta panjang 1 meter panjang. Mereka membuat kesimpulan sementara bahawa haiwan ini mempunyai kaitan keluargaan dengan salamander dan katak, namun dari segi fizikal lebih mirip seperti seekor ular.

"Meskipun nampak seperti ular, haiwan ini bukanlah reptilia dan lebih erat terkait dengan salamander dan katak," kata ahli biologi, Julian Tupan. "Kami berfikir bahawa haiwan ini bernafas melalui kulitnya dan mungkin memangsa ikan kecil serta cacing. Namun sehingga hari ini kami masih belum dapat membuktikannya."


Penemuan ular buta ini bukan sahaja kali pertama, kalau korang nak tau pada 1968 spesies ini pernah terlihat berkeliaran secara spontan. Kini kajian masih dilakukan terhadap 2 dari 6 spesies yang ditemukan. "Dari 6 ekor yang kami jumpai yang satu mati, 3 dibebaskan kembali ke alam dan 2 masih dalam jagaan penelitian," kata Julian.

Jom SHARE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...